Sunday 20 August 2017

LAWATAN PENANDAARASAN EKSA PLAK

Pada 20 Ogos 2017, PLAK telah mengadakan satu lawatan ke Institut Aminudin Baki (IAB), Cawangan Utara di Jitra, Kedah. Program ini dinamakan sebagai Lawatan Penandaarasan EKSA PLAK dan telah dihadiri oleh 18 kakitangan PLAK termasuk Pengarah iaitu Puan Roswati binti Apin. 
Pegawai yang bertanggungjawab memperkenalkan IAB sebagai mentor iaitu Ust. Khairul Badri yang juga merupakan Champion EKSA daripada IAB.
Setibanya di IAB, rombongan PLAK telah diberikan sedikit penerangan mengenai IAB dan sejarah pelaksanaan EKSA di IAB sehingga dianugerahkan pencapaian Cemerlang. 
Selepas sesi taklimat, rombongan PLAK telah dibawa menjelajah sekitar bangunan pentadbiran, auditorium, dewan makan, bilik residen, Pusat Sumber dan lanskap. Keseluruhannya, kakitangan PLAK amat berpuas hati dengan lawatan ini dan ia dianggap berupaya untuk menaikkan semangat ke arah persijilan EKSA di PLAK.

No comments:

Post a Comment