Monday 4 September 2017

TIGA SAMBUTAN PERAYAAN MINGGU LEPAS

Alhamdulillah, pada penghujung bulan Ogos yang lalu, Malaysia baru sahaja menyambut tiga perayaan serentak. Ia bermula pada 30 Ogos 2017 iaitu sempena penutup Sukan Sea ke 29 yang dijenamakan sebagai Kuala Lumpur 2017. Kita selaku tuan rumah telah muncul sebagai juara keseluruhan dengan merangkul 145 pingat emas dan dalam masa yang sama Perna Menteri Malaysia telah mengumumkan cuti khas bagi meraikan kejayaan negara pada 4 September. Kemudian, pada 31 Ogos, Malaysia menyambut Hari Kebangsaan yang ke 60 bertemakan Negaraku Sehati Sejiwa. Sambutan yang ketiga bagi negara adalah sambutan Hari Raya Aidil Adha pada 1 September 2017. Minggu yang penuh warna-warni dan cuti.

Minggu depan, EKSA bermula kembali!