Wednesday 30 January 2019

LAWATAN BENCHMARKING KE KOLEJ KOMUNITI KEPALA BATAS

Lawatan Benchmarking EKSA PLAK ke Kolej Komuniti Kepala Batas, Seberang Perai telah diadakan pada 24 Januari 2019 yang lalu. Ini berikutan Kolej Komuniti Kepala Batas telah mendapat pengiktirafan Cemerlang semasa pengauditan daripada pihak MAMPU pada tahun 2018 yang lalu. Seramai 22 orang pegawai telah mengikuti lawatan ini dan ianya diketuai Pengarah Puasat Latihan AADK, Puan Roswati binti Apin.
Kehadiran kami disambut baik oleh Pihak Kolej Komuniti Kepala Batas. Kami telah dibawa melawat keseluruhan 6 zon.
Banyak ilmu telah diperolehi dan ianya membuka lebih minda menerusi perkongsian ilmu yang telah disampaiakn oleh pihak Kolej Komuniti Kepala Batas. Syabas di atas usaha yang diberikan.








Satu lagi Projek Go Green 2019 PLAK

Pada 30 Januari 2019, Pusat Latihan AADK telah menerima sumbangan peralatan untuk projek Go Green daripada Jabatan Pertanian Daerah Kuala Muda. Ia semestinya menambah semangat agar pensijilan EKSA PLAK akan menjadi nyata pada tahun ini.
Terima kasih di atas inisiatif ini.




Lantikan Baru Pengerusi Zon Helianthus


Sukacitanya dimaklumkan bahawa Puan Nor Hafizah binti Yaacob dengan ini dilantik sebagai Pengerusi Zon Helianthus bagi EKSA Pusat Latihan AADK mulai 29 Januari 2019 bagi menggantikan Pengerusi Zon sebelum ini iaitu Encik Mohamad Nazori bin Ahmad. 

Semoga dengan pelantikan ini dan komitmen puan dapat memastikan Pusat Latihan AADK sentiasa berada dalam persekitaran yang kondusif serta membawa imej korporat, kreatif dan inovatif. 

Tahniah diucapkan. 

Audit Dalaman Siri 1/2019

Jawatankuasa Audit EKSA Pusat Latihan AADK yang diketuai oleh Puan Rajesvari A/P Gonoselan mengadakan satu audit dalaman sebagai langkah-langkah ke arah pensijilan EKSA di Pusat Latihan AADK. Pasukan yang terdiri daripada 5 ahli iaitu Encik Irwan, Puan Roziah, Puan Nur Ayunni, Puan Noor Hafizah dan Puan Syuhada telah memulakan kerja-kerja audit tepat jam 9.30 pagi.



Terlebih dahulu Puan Pengarah PLAK telah menyampaikan ucapan aluan dan kata-kata semangat kepada barisan Ahli Jawatankuasa Audit. Selepas itu, Puan Rajesvari telah memberi sedikit taklimat berkenaan perjalanan audit  kepada semua Pengerusi dan Ketua Zon terlibat iaitu Zon Helianthus, Raflesia dan Orkid.
Kerja-kerja audit dijalankan bermula dengan Zon Raflesia iaitu kawasan Kediaman, Bilik Pendaftaran, Pos Pengawal B dan Rumah Tamu.