Thursday 11 July 2019

Projek tanaman kobis secara hidroponik

Projek tanaman kobis secara hidroponik dengan bantuan daripada Pejabat Pertanian Daerah Kuala Muda.

 Keadaan benih pokok pada 20 Mac 2019

 Set hidroponik yang dibekalkan

 Sesi simulasi dan demonstrasi penanaman hidroponik

Sesi campuran media sebelum penanaman dijalankan

Keadaan pokok pada 20 Mei 2019 (2 bulan)

Keadaan pokok pada 11 Julai 2019 (4 bulan)

Tuesday 12 March 2019

Projek EKSA akan datang: Pertanian Bandar (Go Green)

Program Pertanian Bandar merupakan program yang membantu isi rumah bandar meringankan kos sara hidup melalui pengeluaran sendiri sebahagian daripada bahan makanan yang diperlukan melalui bimbingan Jabatan Pertanian. Program ini melibatkan penduduk di kawasan bandar dan pinggir bandar dengan kerjasama dan penglibatan pelbagai Jabatan dan Agensi yang berkaitan di peringkat Negeri dan Persekutuan.



Pengintegrasian pertanian dalam perancangan dan pembangunan perbandaran adalah penting untuk pembangunan mampan dari segi pelbagai aspek kehidupan dan keperluan kehidupan bandar termasuk bekalan bahan makanan, penghijauan persekitaran, pengurusan air dan bahan buangan bandar, pendidikan serta riadah.


  • Program dilaksanakan oleh penduduk di kawasan bandar dan pinggir bandar di seluruh negeri di Semenanjung Malaysia termasuk Wilayah Persekutuan.
     
  • Kawasan penanaman diberi fokus kepada kawasan sekeliling rumah, institusi, pejabat, tanah rezab Kerajaan dengan kebenaran bertulis daripada pihak berkenaan, kawasan tanah terbiar dan tanah yang sesuai mengikut tanaman.
     
  • Selain khidmat nasihat teknikal, pemberian insentif boleh dipertimbangkan sebagai galakan awal. Insentif adalah dalam bentuk benih/bahan tanaman, input, peralatan kecil pertanian serta kerja-kerja penyediaan kawasan.
     
  • Jabatan Pertanian Negeri berperanan menentukan kawasan aktiviti, jenis kategori dan tanaman berdasarkan kesesuaian kawasan.
     
  • Pelaksanaan program ini akan melibatkan kerjasama pihak berkuasa tempatan, jabatan dan agensi yang berkaitan.

Program dilaksanakan mengikut kaedah ini dijangka mendapat outcome sebagaimana berikut :
 
  • Mengurangkan perbelanjaan keperluan dapur peserta projek.
     
  • Memanfaatkan kawasan lapang di sekeliling rumah.
     
  • Mengindahkan landskap kawasan.
     
  • Menimbulkan minat untuk bertani dan menjadikan bertani sebagai satu (1) hobi yang berfaedah.
     
  • Membantu menjamin keselamatan makanan.

Saturday 16 February 2019

SELEPAS AUDIT LUARAN EKSA DI PLAK



Tahniah kepada seluruh warga PLAK kerana memperoleh markah sebanyak 83.78% bagi sesi Audit Luaran Bilangan 1/2019 yang telah diadakan pada 11-12 Februari 2019. Keputusan ini adalah hasil daripada aktiviti-aktiviti seluruh warga PLAK yang tercinta.

Teruskan usaha ke arah pensijilan EKSA.


Thursday 14 February 2019

Kerja-Kerja Akhir Sebelum Audit Luaran

Pada 10 Februari lalu, Semua kakitangan PLAK berkumpul dan mendengar kata-kata amanat daripada Pengarah berkenaan kerja-kerja akhir sebelum berlangsungnya Audit Luaran EKSA oleh pasukan Auditor dari Kolej Komuniti Kepala Batas yang akan berlangsung pada 11 Februari 2019.




Selamat berjaya PLAK!


Kelihatan kerja-kerja menyusun semula pantri sedang giat dijalankan.

Wednesday 13 February 2019

KEPUTUSAN AUDIT DALAMAN EKSA BILANGAN 1/2019

Pada 30 Januari 2019, Pusat Latihan AADK telah melaksanakan Audit Dalaman Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) Bilangan 1/2019. Audit ini diketuai oleh Puan Rajesvari selaku Ketua Jawatankuasa Audit EKSA dan dibantu oleh 6 orang auditor. 
Audit dalaman ini mencakupi semua 20 ekar kawasan PLAK bagi 3 zon iaitu Zon Helianthus, Zon Raffelsia dan Zon Orkid. Selama 2 hari sesi audit telah dijalankan dan ianya disambut baik oleh semua kakitangan PLAK.
Hasil audit yang diperolehi menobatkan Zon Rafflesia sebagai Zon Terbaik. Selain daripada kategori tersebut, ada lagi 6 kategori turut mendapat pengiktirafan iaitu Tandas Terbaik, Ruang Kerja Terbaik, Bahagian Terbaik, Hasil Kreativiti Terbaik, Go Green Terbaik dan Bilik Terbaik.

Keputusan Audit adalah seperti berikut:
  1. Zon Rafflesia - 82%
  2. Zon Helianthus - 80%
  3. Zon Orkid - 78%
Semoga dengan adanya penambahbaikan ini, PLAK akan terus memacu ke arah pensijilan EKSA.
Tahniah!


 







Wednesday 30 January 2019

LAWATAN BENCHMARKING KE KOLEJ KOMUNITI KEPALA BATAS

Lawatan Benchmarking EKSA PLAK ke Kolej Komuniti Kepala Batas, Seberang Perai telah diadakan pada 24 Januari 2019 yang lalu. Ini berikutan Kolej Komuniti Kepala Batas telah mendapat pengiktirafan Cemerlang semasa pengauditan daripada pihak MAMPU pada tahun 2018 yang lalu. Seramai 22 orang pegawai telah mengikuti lawatan ini dan ianya diketuai Pengarah Puasat Latihan AADK, Puan Roswati binti Apin.
Kehadiran kami disambut baik oleh Pihak Kolej Komuniti Kepala Batas. Kami telah dibawa melawat keseluruhan 6 zon.
Banyak ilmu telah diperolehi dan ianya membuka lebih minda menerusi perkongsian ilmu yang telah disampaiakn oleh pihak Kolej Komuniti Kepala Batas. Syabas di atas usaha yang diberikan.








Satu lagi Projek Go Green 2019 PLAK

Pada 30 Januari 2019, Pusat Latihan AADK telah menerima sumbangan peralatan untuk projek Go Green daripada Jabatan Pertanian Daerah Kuala Muda. Ia semestinya menambah semangat agar pensijilan EKSA PLAK akan menjadi nyata pada tahun ini.
Terima kasih di atas inisiatif ini.




Lantikan Baru Pengerusi Zon Helianthus


Sukacitanya dimaklumkan bahawa Puan Nor Hafizah binti Yaacob dengan ini dilantik sebagai Pengerusi Zon Helianthus bagi EKSA Pusat Latihan AADK mulai 29 Januari 2019 bagi menggantikan Pengerusi Zon sebelum ini iaitu Encik Mohamad Nazori bin Ahmad. 

Semoga dengan pelantikan ini dan komitmen puan dapat memastikan Pusat Latihan AADK sentiasa berada dalam persekitaran yang kondusif serta membawa imej korporat, kreatif dan inovatif. 

Tahniah diucapkan. 

Audit Dalaman Siri 1/2019

Jawatankuasa Audit EKSA Pusat Latihan AADK yang diketuai oleh Puan Rajesvari A/P Gonoselan mengadakan satu audit dalaman sebagai langkah-langkah ke arah pensijilan EKSA di Pusat Latihan AADK. Pasukan yang terdiri daripada 5 ahli iaitu Encik Irwan, Puan Roziah, Puan Nur Ayunni, Puan Noor Hafizah dan Puan Syuhada telah memulakan kerja-kerja audit tepat jam 9.30 pagi.



Terlebih dahulu Puan Pengarah PLAK telah menyampaikan ucapan aluan dan kata-kata semangat kepada barisan Ahli Jawatankuasa Audit. Selepas itu, Puan Rajesvari telah memberi sedikit taklimat berkenaan perjalanan audit  kepada semua Pengerusi dan Ketua Zon terlibat iaitu Zon Helianthus, Raflesia dan Orkid.
Kerja-kerja audit dijalankan bermula dengan Zon Raflesia iaitu kawasan Kediaman, Bilik Pendaftaran, Pos Pengawal B dan Rumah Tamu.



Tuesday 9 January 2018

Zon Raflesia Adakan Audit Silang Dalaman

       Zon Raflesia telah mengorak langkah permulaan tahun 2018 dengan mengadakan Audit Silang Dalaman yang melibatkan semua Person Incharge (PIC) di tempat-tempat dalam Zon Raflesia. 

       Program telah dimulakan dengan mengadakan sesi taklimat daripada Ketua Zon pada 3 Januari 2018. Taklimat bertujuan memberi penerangan berkenaan kaedah audit bersama instrument yang terlibat. Tempoh masa untuk audit dilaksanakan adalah selama 4 hari iaitu 4-7 Januari 2018. Kemudian, pada 8 Januari 2018, sesi pembentangan hasil audit diadakan. Lokasi yang terlibat adalah semua rumah tamu (Bunga Raya, Mawar, Anggerik, Seroja, Kenanga dan Rekreasi), kediaman (K.Kuala Kedah, K. Padang Terap, K. Kubang Pasu, K. Sungai Petani dan K. Alor Setar), stor, bilik pendaftaran, tandas, Dewan Kuliah Baiduri dan dewan makan. Auditor adalah terdiri daripada ahli zon yang telah ditetapkan.

       Secara keseluruhan, semua lokasi memperoleh secara purata 87%.

Wednesday 3 January 2018

TRANSFORMASI SUDUT INDUK EKSA

Pada bulan Disember 2017, Jawatankuasa Induk EKSA telah menjalankan transformasi bagi Sudut Induk EKSA. Proses yang pemilihan sudut telah diputuskan menerusi Mesyuarat Kakitangan Pusat Latihan AADK dan sebulat suara memilih sudut di dinding laluan pejalan kaki dari hadapan bilik pegawai latihan. 

Tema bagi sudut ini adalah menggunakan barangan terpakai seperti kayu palet dan bingkai-bingkai lama. Ia bagi mengekalkan konsep kitar semula dan Go Green. Kerjasama daripada pihak pentadbiran dan Jawatankuasa Induk sendiri amatlah membantu pembikinan sudut ini. Kerja-kerja pembinaan sudut turut dibantu oleh kakitangan daripada Jaliah Enterprise selaku kontraktor pembersihan di sini.

Setiap slot telah dikhaskan mengikut Jawatankuasa dan Zon sendiri dan ia mempunyai pegawai yang dikhaskan untuk mengemaskini setiap bahagian. 

Adalah menjadi harapan agar setiap kakitangan PLAK dapat memanfaatkan sudut ini sebagai salah satu daripada pemacu ke arah Pensijilan EKSA kita pada tahun ini. Selamat Tahun Baru !