Pengintegrasian pertanian dalam perancangan dan pembangunan perbandaran adalah penting untuk pembangunan mampan dari segi pelbagai aspek kehidupan dan keperluan kehidupan bandar termasuk bekalan bahan makanan, penghijauan persekitaran, pengurusan air dan bahan buangan bandar, pendidikan serta riadah.
- Program dilaksanakan oleh penduduk di kawasan bandar dan pinggir bandar di seluruh negeri di Semenanjung Malaysia termasuk Wilayah Persekutuan.
- Kawasan penanaman diberi fokus kepada kawasan sekeliling rumah, institusi, pejabat, tanah rezab Kerajaan dengan kebenaran bertulis daripada pihak berkenaan, kawasan tanah terbiar dan tanah yang sesuai mengikut tanaman.
- Selain khidmat nasihat teknikal, pemberian insentif boleh dipertimbangkan sebagai galakan awal. Insentif adalah dalam bentuk benih/bahan tanaman, input, peralatan kecil pertanian serta kerja-kerja penyediaan kawasan.
- Jabatan Pertanian Negeri berperanan menentukan kawasan aktiviti, jenis kategori dan tanaman berdasarkan kesesuaian kawasan.
- Pelaksanaan program ini akan melibatkan kerjasama pihak berkuasa tempatan, jabatan dan agensi yang berkaitan.
Program dilaksanakan mengikut kaedah ini dijangka mendapat outcome sebagaimana berikut : |
|
No comments:
Post a Comment