Monday, 21 August 2017

PROJEK GO GREEN BERSAMBUNG LAGI

Projek Green Park sempena penerapan elemen Go Green untuk Projek EKSA di Pusat Latihan AADK terus bersambung dengan penambahan pokok kiambang di kolam. 

Apakah itu Kiambang?
Kiambang atau nama botaninya, Pistia Stratiotes L. merupakan tumbuhan akuatik dalam famili keladi iaitu araceae. Kiambang hidup secara terapung di permukaan air yang tidak mempunyai arus pergerakan mengalir atau tenang seperti tasik, lombong, kolam, paya, parit, taliair dan sawah padi. Ia mempunyai akar rerambut yang berjuntai ke dalam air yang berfungsi sebagai penyerap nutrien. Daun pokok kiambang berbentuk roset iatu seakan bunga mawar atau pokok kobis. Kiambang sebenarnya kaya dengan kalium yang terdiri daripada kalium klorida dan kalium sulfat.

Ia merupakan sejenis tumbuhan yang senang dikenali dan mudah ditemui. Habitatnya sama seperti pokok teratai, hidup segar di kawasan berair seperti kolam, tasik atau paya air tawar. Cuma bezanya dengan pokok teratai, kiambang adalah sejenis tumbuhan yang merayap di atas air dan cepat membiak.

Kiambang yang dijadikan penghias kolam atau tasik ini oleh peminat tumbuhan akuatik mempunyai khasiatnya tersendiri. Mungkin generasi sekarang tidak mengetahui daun kiambang boleh dimasak sebagai makanan. Pokok kiambang juga dijadikan makanan haiwan ternakan. Ia juga dijadikan baja organik kerana mempunyai kandungan kalium.yang tinggi.

Begitulah sedikit sebanyak mengenai kiambang. Dengan adanya projek sebegini, maklumat tambahan berkenaan tumbuh-tumbuhan di sekitar kita dapat dipelajari.

No comments:

Post a Comment