Monday 18 December 2017

SENARAI KEPUTUSAN PERTANDINGAN WALLPAPAER DESKTOP EKSA TERCANTIK

TEMPAT PERTAMA: PUAN NUR SYUHADA BINTI AHMAD SHUKRI


TEMPAT KEDUA: PUAN AINA RAFIDA BINTI ABU BAKAR


TEMPAT KETIGA: PUAN HASLINDA BINTI HUSSIN


TEMPAT KEEMPAT: PUAN ROSNANI BINTI BAKAR


TEMPAT KELIMA: EN. SHARIF KHOLID BIN OSMAN




Pada 13 Disember 2017 (Rabu) bertempat di Dewan Kuliah Carnation Pusat Latihan AADK telah diadakan aktiviti penyampaian hadiah bagi semua peserta yang terlibat dalam "Pertandingan Desktop wallpaper Tercantik" anjuran Jawatankuasa Kerja Promosi EKSA. Seramai 5 orang peserta telah mengambil bahagian  dalam pertandingan ini. Para peserta yang menyertai pertandingan tersebut telah menerima  hadiah sumbangan dari Unit Latihan Teknologi Maklumat dan sijil penyertaan. 

Semoga dengan adanya aktiviti seperti ini ianya dapat mencungkil bakat-bakat terpendam dan menonjolkan idea-idea kreatif dalam menghasilkan sesuatu rekaan. Tahniah kepada semua peserta!




Jemputan Ke Taklimat Pendekatan Baharu Dalam Amalan Persekitaran Kondusif

13 Disember 2017 - Pihak Pusat Latihan AADK telah dijemput oleh Malaysian Productiviti Corporation (MPC) Wilayah Utara untuk menghadiri satu sesi taklimat bertajuk "Taklimat Tentang Pendekatan Baharu Program-Program Pengiktirafan dan Kriteria Baharu Bagi Amalan Pengiktirafan Berkualiti (QE/5S)" bertempat di MPC Wilayah Utara, Bertam, Seberang Perai, Pulau Pinang. Program ini telah dihadiri seramai 120 orang yang terdiri daripada 22 buah badan kerajaan dan 22 buah syarikat swasta. Pihak Pusat Latihan AADK telah dihadiri oleh 4 orang wakil iaitu Puan Haslina selaku Penyelaras EKSA, Puan Aina Rafida (Setiausaha), En. Mohd Nazri (JK Audit) dan Puan Nadhirah (JK Promosi). Ceramah telah disampaikan oleh Puan Maziah yang merupakan konsultan dari pihak ibupejabat MPC, Kuala Lumpur.

 Di antara pengisian yang diperoleh daripada seminar ini adalah:
  1. Terdapat pelbagai kirteria selain Pengiktirafan Persekitaran Berkualiti (QE/5S)
  2. Amalan Pengiktirafan Berkualiti seperti Pengurusan Lean
  3. Persijilan Tema Excellent (ICC)
  4. Kaizen
  5. Pengukuran Keberhasilan Produktiviti
  6. Amalan Baik Peraturan "GRP Technical Expert"
Banyak ilmu baru yang ditimba, walaupun kita telah beralih daripada 5S kepada EKSA namun input yang diterima ini mampu untuk membuka minda ke arah penerapan EKSA di dalam hati setiap kita.

AKTIVITI PENYERAGAMAN FAIL JAWATANKUASA INDUK EKSA


Pada 30 November 2017 (Khamis), semua ahli Jawatankuasa Kerja Promosi telah menjalankan satu aktiviti penyeragaman faiI-fail jawatankuasa kerja Induk, Latihan, Audit, Promosi, Zon Helianthus, Zon Orkid dan Zon Rafflesia. Aktiviti penyeragaman fail ini dijalankan bagi membuat penambahbaikan isi kandungan dan maklumat terkini berkaitan info EKSA. Semua fail yang telah lengkap akan diserahkan kembali kepada semua jawatankuasa kerja EKSA dalam masa terdekat. Komitmen dan kerjasama jitu yang diberikan oleh semua pihak yang terlibat amat dihargai dan diucapkan ribuaan terima kasih. Disediakan oleh: JK Kerja Promosi EKSA.

Sunday 3 December 2017

Pertandingan Mencipta Wallpaper Desktop EKSA PLAK

Mulai 4 Disember 2017, Jawatankuasa Promosi EKSA akan menganjurkan pertandingan Mencipta Wallpaper Desktop bertemakan EKSA di PLAK. Pertandingan ini terbuka kepada semua warga Pusat Latihan AADK dan menawarkan hadiah menarik kepada pemenang. Jangan lepaskan peluang dan hantar sberapa banyak penyertaan yang boleh. Tarikh tutup adalah pada 10 Disember 2017 sebelum jam 12.00 tengahari. Sebarang pertanyaan lanjut, boleh berhubung terus dengan AJK Promosi EKSA.