Monday 18 December 2017

Jemputan Ke Taklimat Pendekatan Baharu Dalam Amalan Persekitaran Kondusif

13 Disember 2017 - Pihak Pusat Latihan AADK telah dijemput oleh Malaysian Productiviti Corporation (MPC) Wilayah Utara untuk menghadiri satu sesi taklimat bertajuk "Taklimat Tentang Pendekatan Baharu Program-Program Pengiktirafan dan Kriteria Baharu Bagi Amalan Pengiktirafan Berkualiti (QE/5S)" bertempat di MPC Wilayah Utara, Bertam, Seberang Perai, Pulau Pinang. Program ini telah dihadiri seramai 120 orang yang terdiri daripada 22 buah badan kerajaan dan 22 buah syarikat swasta. Pihak Pusat Latihan AADK telah dihadiri oleh 4 orang wakil iaitu Puan Haslina selaku Penyelaras EKSA, Puan Aina Rafida (Setiausaha), En. Mohd Nazri (JK Audit) dan Puan Nadhirah (JK Promosi). Ceramah telah disampaikan oleh Puan Maziah yang merupakan konsultan dari pihak ibupejabat MPC, Kuala Lumpur.

 Di antara pengisian yang diperoleh daripada seminar ini adalah:
  1. Terdapat pelbagai kirteria selain Pengiktirafan Persekitaran Berkualiti (QE/5S)
  2. Amalan Pengiktirafan Berkualiti seperti Pengurusan Lean
  3. Persijilan Tema Excellent (ICC)
  4. Kaizen
  5. Pengukuran Keberhasilan Produktiviti
  6. Amalan Baik Peraturan "GRP Technical Expert"
Banyak ilmu baru yang ditimba, walaupun kita telah beralih daripada 5S kepada EKSA namun input yang diterima ini mampu untuk membuka minda ke arah penerapan EKSA di dalam hati setiap kita.

No comments: